Thursday 6 October 2011

MUQADDIMAH

Bismillahirrahmanirrahim......

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh........kepada muslimin dan muslimat...
Selamat berkenalan kepada yang bukan beragama Islam.....
Allahumma Solli 'Ala Saiyyidina Muhammad,
Wa 'Ala 'Ali Saiyyidina Muhammad.
Memetik firman Allah Subhanahu Wa Taala :

(1) Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
(2) Segala puji tertentu bagi Allah,Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
(3) Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.
(4) Yang Menguasai pemerintahan Hari Pembalasan (hari akhirat)
(5) Engkaulah sahaja (Ya Allah)yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
(6) Tunjukilah kami jalan yang lurus.
(7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Surah Al-Fatihah ( 1 : 1-7 )
( Al-Fatihah bermaksud ''Pembukaan'')

Pada awal penulisan blog ini,setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi ditujukan,marilah kita memohon petunjuk dan rahmat daripada Allah Taala.Semoga diberkati dan diredhai segala amalan kita.InsyaAllah...