Thursday 15 December 2011

Hanyut di dalam Litar

Rasa-rasanya aku sudah mampu melihat jalannya.Cuma ada simpang kat jalan tu sampai terbahagi dua bekalan yang aku ada.Aku tak boleh nak pilih maka,yang satu pergi ke sana,lagi satu pergi ke sini..simpang dua la katakan...tapi tak kisah apa pun jalannya,mesti akan balik semula ke tempat asal aku bermula.Kadang-kadang,terjumpa simpang bercabang lagi banyak,maka makin terpecah-pecah pula bekalan yang aku bawa disebabkan ingin memenuhi keperluan yang lain-lain.Kalau boleh memang nak jaga perasaan semua.Bekalan yang aku bawa tu pun bukannya banyak,paling-paling cukup untuk had maksimum yang boleh aku bawa.Biasalah,tak 'upgrade' diri lagi,macam mana nak ada perbezaan keupayaan yang besar.Reaksi kat dalam rumah tempat sumber aku dihasilkan ni pun dikira kecil berbanding yang lain jadi tak mampu nak hasilkan daya yang kuat untuk angkut segala sumber yang aku ada. Alahai,rendah diri rasanya.Nasib baik ada Allah Taala tempat mengadu.

Entah berapa banyak simpang aku lalu,macam-macam pilihan diberikan kepada aku,namun aku masih bersikap neutral sampai sekarang.Semua sama rata aku bagi supaya semua puas hati.Aku tak mahu pilih kasih.Macam tu la aku ingin cuba jadi makhluk yang baik dan ideal.Namun,tatkala sampai pada rintangan di tengah-tengah perjalanan,aku mula tidak keruan.Masakan tidak,rintangan-rintangan inilah yang boleh membawa pengaruh terbesar dalam hidup aku.Beraneka warna mereka pamerkan pada aku sampai-sampai aku terpesona dengan keunikan mereka.Aku memang awal-awal lagi dah sedar bahawa inilah antara yang boleh mengganggu-gugat perjalanan aku.Ada pro dan kontranya juga.Kadang-kadang semangat terlebih tinggi,rintangan-rintangan inilah yang membantu 'meringankan' sedikit sebab memang terasa beban bila tanggungjawab berat.Tapi makin berkuranglah bekalan aku....( T_T ).Nak buat macam mana,fitrah...memang aku perlukan semua itu dalam perjalanan ini.Kalau tak,ta terkawal la aku nanti.

Arrgghh..apa lagi lah yang ada kat depan jalan yang aku lalu ni.Selalu terjumpa dengan benda-benda baru.Yang satu ni tak mampu mengawal aku tapi aku pula yang kasi tenaga kat dia.Akhir-akhirnya,dia pula yang simpan semangat itu untuk dirinya sendiri.Lepas tu dia buat hal dia,aku buat hal aku.Emm...tak apalah,sekurang-kurangnya ada juga fungsi aku kat dunia ni.Kira berguna jugalah aku ni,ye?Semoga Allah Taala sentiasa membimbing dia.Kemudian,aku terus berjalan lagi.Kali ini,terjumpa pula seorang yang masih juga tak mampu mengawal aku,tapi boleh menambah bekalan yang aku bawa.Yaayyyy....makin banyak la bekalan aku,sempat lah aku nak teruskan perjalanan lagi.Terima kasih sangat-sangat walaupun mungkin aku tak akan berjumpa kau lagi selepas ini.Semoga Allah Taala membalas jasa baik kau.

Jauh perjalanan,luas pemandangan.Aku berusaha keras untuk mencapai kejayaan yang terang-benderang.Masih terus berjalan.Sikit saja lagi.Aku panjat satu demi satu,aku melingkar ikut lingkaranya,ahhh..meliuk-lentok.Pening la,panas pula tu.Makin lama makin panas.Biasalah tu,dugaan.Makin sesak pun ada.Tapi....akhirnya...aku berjaya mencapai kejayaan yang aku inginkan.Namun bukan satu saja kejayaan yang aku nak capai.Ada banyak sangat.
Mungkin aku perlu mengulang perjalanan aku untuk mencapai kejayaan seterusnya atau mungkin juga tidak.Kadang-kala,bila kompleks sangat perjalanan aku ni,aku kena bijak membahagikan perjalanan jangka pendek dan jangka panjang.Memang berkesan la kalau aku dapat kenal pasti prioriti aku ikut gelung-gelung yang ada.

Waspada,satu frasa yang hebat.Sepanjang perjalanan memang aku kena berhati-hati.Masalah dalaman boleh juga dikawal kesan perjumpaan.Dengan yang lain-lain aku dah sebutkan tadi.Terkadang,ada masalah luaran yang aku tak jangka boleh merosakkan perjalanan aku.Namun,bila satu pintu tertutup,mungkin ada pintu lain terbuka.Cuma kena cari namun bila satu-satunya jalan kat depan dah rosak,lompang,memangla susah nak teruskan perjalanan.Nak kata mustahil pun macam boleh,kan?Namun,setakat ini aku bernasib baik sebab jalan aku masih elok.Syukur,Alhamdulillah.

Sekarang dah melepasi zaman kegemilangan aku,dah capai banyak kejayaan,ditambah hanyut dengan keseronokan yang ada,amal yang dipikul entah seringan mana....aku sentiasa teringinkan satu perkara.Balik kepada tempat asalku.Nak balik rumah.Mahu pulang kepada Allah Taala.Kalau dah sampai ajal aku,dicabut nyawa...Innalillahi wa inna ilaihi rajiun...

** Hidup manusia tertentu yang tak ubah macam arus di dalam litar elektrik.

Analogi :

Rumah = Bateri/sel kering.( emf )
Jalan = Wayar ( Wire )
Perjalanan hidup = Litar ( Circuit )
Daya = Daya elektrostatik ( Electrostatic Force)
Sumber = Perbezaan Keupayaan ( Voltage )
Bekalan = Arus ( Current )
Rintangan = Perintang ( Resistor)
Penyimpan = Kapasitor ( Capacitor)
Penambah = Transistor ( Transistor)
Kejayaan = Mentol ( Bulb )
Lingkaran = Filamen ( Filament)
Nyawa = Suis ( Switch )

Kirchhoff's Law:
Simpang = Junction
Gelung = Loop

No comments:

Post a Comment