Sunday 11 December 2011

Kejuruteraan I

Bismillahirrahmanirrahim…

''Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.''
                                                                                                                                                                                                 ( Surah al-Kahf,18:96-98)

Kejuruteraan ialah satu disiplin,seni,teknik dan kerjaya dalam menguasai dan mempraktikkan secara kreatif pengetahuan saintifik,matematik,ekonomi,sosial dan pengetahuan berasakan kemahiran bertujuan mereka dan membina sesuatu benda(struktur),mesin,peralatan,sistem,bahan dan proses-proses tertentu untuk kesejahteraan kepada nyawa dan harta manusia.

Pengamal kejuruteraan digelar seorang jurutera dan jurutera berlesen lebih dikenali sebagai :
1)Professional Engineer
2)Chartered Engineer
3)Incorporated Engineer
4)Ingenieur or European Engineer.

Sebagaimana disiplin-disiplin ilmu yang lain,cabang kejuruteraan adalah sangat luas yang menekankan secara lebih spesifik dan tersendiri dalam sesetengah bidang praktikal dan teknologi.

Sejarah

Kejuruteraan telah wujud sejak zaman bahari lagi iaitu sejak manusia mula membina ciptaan-ciptaan asas seperti takal,tuas dan roda.Setiap daripada ciptaan ini adalah konsisten dengan konsep-konsep kejuruteraan moden,yang mendominasi prinsip-prinsip mekanikal asas untuk mencipta peralatan-peralatan dan objek-objek yang berguna.Frasa ‘engineering’ berakar umbi daripadaengineer ,yang mana istilah tersebut berasal daripada engine’er  (1325) iaitu seseorang yang mengendalikan enjin yang pada asalnya ditujukan kepada pengendali enjin milik ketenteraan.Dalam konteks ini,sebuah ‘enjin’ dikenali sebagai ‘mesin ketenteraan’ contonya seperti pelontar(catapult) yang digunakan dalam peperangan berdasarkan prinsip gerakan lontaran (projectile motion) yang bergerak mengikut trajektorinya.Dipercayai,istilah tertua berasal daripada bahasa Latin ingenium (c. 1250) yang dapat ditafsirkan sebagai kualiti semula jadi,terutamanya kuasa mental,dan seterusnya ciptaan pintar.Kemudian,rekaan dari masyarakat bertamadun seperti jambatan dan bangunan meraih kemajuan sebagai disiplin teknikal,menyebabkan tercetusnya istilah kejuruteraan awam yang diperkenalkan untuk membezakan antara kejuruteraan dalam ketenteraan dengan projek bukan ketenteraan.

Era Purbakala

Beberapa ciptaan unik di serata dunia :
    1) Kaabah di Makkah
    2) Pharos di Iskandariah
    3)Piramid Giza di Mesir 
    4)Taman Tergantung Babylon
    5)Acropolis dan Parthenon di Greece
    6)Aqueducts di Roman, Appia dan Colosseum
    7)Teotihuacán ,Bandar, pyramid kaum Maya,Inca dan Aztec.                                
    8)Tembok Besar China.
    9)Taj Mahal di India.
   10)Candi Borobudur di Indonesia.
   11)Angkor Wat di Kemboja.
   12)Istana Seri Menanti,Negeri Sembilan.

 Jurutera terawal yang dikenal pasti ialah Imhotep yang berkhidmat untuk Firaun Djoser,dan kemungkinan besar dialah yang mereka dan mengetuai pembinaan Piramid Djoser (Step Pyramid)di Sakkara,Mesir sekitar tahun 2630-2611 BC.Namun,apa yang pasti,Nabi Adam a.s yang pertama sekali membina Kaabah di Makkah selepas diturunkan ke bumi.Nabi Nuh juga insan yang pertama sekali mencipta bahtera di lautan.Kemudian terdapat rentetan kisah Zulqarnain yang membina tembok dari dari besi dan cairan tembaga untuk menghalang Ya’juj dan Ma’juj.Selain itu,Nabi Daudpula terlibat dalam teknologi kimpalan dan besi manakala Nabi Sulaiman pula mencipta kolam bercahaya yang seakan-akan air di lantai istananya sehingga disalah sangka oleh Ratu Balqis sebagai air.

Tamadun Greece purba telah mencipta mesin untuk kegunaan awam dan tentera.Mekanisme Antikythera,atau komputer mekanikal terawal dan ciptaan mekanikal oleh Archimedes adalah contoh-contoh untuk kejuruteraan mekanikal dalam tamadun awal manusia .

Tentera-tentera China,Greek dan Roman menggunakan mesin militari yang kompleks dan ciptaan seperti artileri (sebarang enjin yang digunakan untuk melontarkan objek besar,contohnya,meriam) yang dimajukan oleh orang-orang Greek sekitar abad ke-4.Contoh-contoh artileri ialahtrireme,ballista dan catapult. Pada Zaman Pertengahan,Trebuchet pula dicipta.

Era Renaissance

Jurutera elektrik yang pertama dikenal pasti ialah William Gilbert yang telah menerbitkan De Magnete,iaitu orang yang mula-mula menyebut frasa ‘elektrik.Enjin stim yang pertama dicipta pada tahun 1698 oleh jurutera mekanikal Thomas Savery.Peranti-peranti tersebut telah menjadi perintis kepada Revolusi Perindustrian yang menandakan bermulanya penghasilan produk secara pukal dan komersial.Dengan kebangkitan bidang kejuruteraan,bidang sains dan matematik turut dipadukan ke dalam kejuruteraan sehinggalah sekarang.

No comments:

Post a Comment