Sunday 11 December 2011

Sesumpah

Sesumpah mempunyai sel istimewa,yg dinamakan 'chromatophores' yg terletak dalam lapisan kulit mereka dan boleh ditembusi cahaya.Chromatophores adalah sel yang mengandungi pigmen dan boleh memantul cahaya tertentu serta menyerap cahaya2 lain.Spektrum warna yang mampu dikesan oleh mata manusia @ Visible light.(Ingat semula 7 warna pelangi)

Untuk kulit sesumpah,pada lapisan atas,terdapat 'xantophores' dan 'erythrophores' yang memiliki pigmen kuning dan merah masing2.Di bawahnya pula ada satu lagi lapisan sel yg dinamakan 'iridophores' atau 'guanophores',dan sel2 ini memiliki sejenis hablur tidak berwarna bernama 'guanine'.

Kesemuanya adalah pemantul yang efektif bagi warna biru dalam cahaya.Semasa cahaya matahari tembus ke lapisan kulit sesumpah,bahagian cahaya yang berwarna biru akan dipantul.Dan 6 warna lain akan diserap.Maka,kita akan lihat sesumpah berwarna biru.

Jika lapisan atas chromatophores berwarna kuning,warna yg dipantul ialah hijau(biru+kuning).

Satu lapisan pigmen melanin(yg buat kulit jadi gelap) terletak lebih dalam di bawah iridophores yg boleh memantulkan cahaya.Melanophores menentukan 'kecerahan' cahaya yg dipantulkan.Makin banyak melanin,makin gelap la kulit.

Sel2 istimewa ini mempunyai butir2 pigmen yg terletak di dalam 'cytoplasm' atau 'cytosol'.Penyebaran/Penyerakan/Banyaknya pigmen2 tersebut di dalam sel telah mempengaruhi intensiti atau kadar kecerahan sesuatu warna.Sekiranya pigmen berselerak secara sama rata di dalam sel,keseluruhan sel akan dapat warna yang sama,namun bergantung kepada sel 'chromatophore' yg terdapat di situ sama ada xantophores,erythrophores,iridophores,guanophores,melanophores atau lain2.Sekiranya pigmen hanya terletak di tgh2 sel,maka sel akan kelihatan telus.Kesemua sel2 istimewa ini boleh menempatkan semula pigmen2 yang akan mempengaruhi warna sesumpah.Penukaran warna sesumpah adalah berdasarkan sel2 istimewa yg terletak di dalam lapisan kulitnya.

Perubahan warna pada sesumpah tujuan primernya adalah untuk isyarat bagi persekitarannya(Social Signalling).Jika mereka marah,warna yg ditunjukkan adalah lebih gelap namun jika ingin menarik pasangan,sesumpah jantan akan mengeluarkan warna yang lebih terang dan berwarna-warni untuk menarik perhatian sesumpah betina.

Tujuan sekundernya ialah penyamaran(Camouflage).Kaedah ini sgt efektif utk menyesuaikan diri dgn persekitaran drpd dikesan oleh pemangsa atau semasa sesumpah mencari makanan.

Tertiernya,ada juga sesumpah yang menukar warna untuk mengimbangi suhu badan.Menjadi warna hitam di pagi hari yang dingin agar dapat menyerap lebih cahaya matahari dan menjadi warna kelabu terang semasa waktu panas utk memantulkan haba.Atau,mereka akan menonjolkan kedua2 warna pada masa yg sama dgn cara sebelah di kiri,sebelah di kanan.Contohnya spesies Smith's dwarf.

No comments:

Post a Comment