Sunday 11 December 2011

Kejuruteraan II

Cabang-Cabang Utama Kejuruteraan
4cabang:

1)Kejuruteraan Kimia
2)Kejuruteraan Awam 
3)Kejuruteraan Elektrik.
4)Kejuruteraan Mekanikal.

Mengikut sejarah,kejuruteraan laut dan kejuruteraan perlombongan adalah cabang terbesar.Bidang-bidang moden kadang-kala meliputi lapangan seperti aeroangkasa,sistem,seni bina(architecture),bioperubatan,industry,sains gunaan dan kejuruteraan nuklear.

 Metodologi

Jurutera mengaplikasikan fizik dan matematik untuk mencari jalan penyelesaian kapda sesuatu masalah atau untuk melakukan inovasi kepada status quo.Tambahan pula,jurutera sekarang perlu memiliki pengetahuan sains yang relevan untuk projek rekaan mereka dan hasilnya,mereka terus serta terus belajar perkara-perkara baharu melalui kerjaya mereka.Apabila pelbagai pilihan tersedia,jurutera akan memilih yang terbaik dan mencari penyelesaian yang paling sesuai dan menepati kehendak.

Tanggungjawab terulung seorang jurutera ialah mengamalkan prinsip ‘high-tech’ – teknologi tinggi dan ‘high-touch’ –nilai kemanusiaan tinggi. Seorang jurutera mestilah menjadikan kerjayanya sebagai satu ibadah yakni Amal Soleh dan bukan untuk riak atau takabbur sebagaimana yang diamalkan oleh Al-Jazari.Beliau mencipta replika binatang untuk mengelabui mata orang ramai sebagai penggerak kepada mesin pengangkut airnya walhal mesin tersebut bergerak secaraautomatik(automasi) dengan aliran air.Beliau melakukan sedemikian untuk kesejahteraan orang ramai dan agar mereka tidak menuduhnya sebagai ilmu sihir/silap mata seperti yang telah dilakukan oleh firaun untuk menunjukkan kononnya kekuasaanya sebagai tuhan yang boleh membuka pintu besar dengan hanya menuding jari.(sedangkan pintu besar itu dibuka oleh sistem yang dipasang pada pintu tersebut).Ini juga dinamakan Sains Muslihat.

Kemudian,barulah masuk kepada tugas berat seorang jurutera untuk mengenal pasti,memahami dan mengolah permasalahan terhadap sesuatu rekaan bertujuan menghasilkan keputusan yang cemerlang.Ia tidak semestinya satu kejayaan apabila mampu mencipta sesuatu produk namun pekara yang lebih utama ialah menepati kehendak yang diperlukan.

Antara kekangan yang mungkin timbul ialah sumber-sumber yang ada,had –had fizikal,imaginasi atau teknikaf,fleksibiliti untuk pengubahsuaian dan penambahan serta factor-faktor lain seperti kos,keselamatan,pemasaran,produktiviti dan servis. Dengan memahami segala galangan,jurutera mampu menetapkan had-had tertentu kepada sesuatu objek atau sistem berkenaan cara penghasilannya dan cara ia berfungsi.

Penyelesaian Masalah

Jurutera menggunakan pengetahuan mereka dalam bidang sains,matematik,logik,ekonomi dan pengalaman untuk menyelesaikan maslah.Mencipta rumus matematik dan model berdasarkan kiraan matematik juga membolehkan mereka untuk menganalisis dan menguji penyelesaian yang berpotensi.Selalunya,beberapa jalan penyelesaian yang wajar akan ditemui,jadi jurutera akan menilai berdasarkan rekaan-rekaan yang berbeza bagi memperolehi yang terbaik dan memenuhi ciri-ciri yang mereka mahukan. Genrich Altshuller,selepas mengumpul statistik berdasarkan beberapa paten,telah mendapati bahawa kompromi adalah taraf rekaan kejuruteraan yang rendah manakala tahap tinggi ialah apabila seseorang dapat menyingkirkan halangan terbesar yang menyebabkan masalah dalam rekaan miliknya.

Jurutera secara tipikalnya akan meramalkan betapa bagusnya rekaan mereka akan berfungsi secara menyeluruh.Mereka menggunakan : prototaip,model berskala,simulasi,ujian( pemusnah atau bukan pemusnah ) dan ujian tekanan .Ujikaji menjamin bahawa sesuatu produk akan berfungsi seperti yang dikehendaki.Jurutera memainkan peranan dalam menghasilkan rekaan yang akan berfungsi seperti yang dijangkakan dan tidak akan mendatangkan kesan sampingan yang membahayakan kepada orang awam. Mereka seringkali melabelkan faktor keselamatan dalam rekaan mereka namun,semakin luas faktor keselamatan tersebut,mungkin semakin kurang efisien pula produk tersebut berfungsi.Kajian tentang bahan ujikaji yang gagal dikenali sebagai kejuruteraan forensic.Ini akan membantu pereka produk untuk menilai semula rekaan mereka dengan keadaan yang sebenarnya.Disiplin ilmu ini sangatlah bermakna terutamanya selepas tragedy jambatan runtuh, di mana analisis secara mendalam sangatlah diperlukan untuk mengetahui punca-punca kegagalannya.

No comments:

Post a Comment